Monday, 26 March 2012

kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kebergantungan para nelayan terhadap aktiviti perikanan mereka. Antara aspek-aspek yang akan dikaji termasuklah :

a.                -Untuk melihat ciri-ciri sosioekonomi para nelayan kaum Melayu Brunei di kawasan daerah    Papar.
b.               -  Untuk melihat jenis-jenis aktiviti perikanan yang dijalankan oleh golongan nelayan tersebut.
c.                -  Bagi melihat perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam aktiviti perikanan di kawasan kajian antara masa sekarang dan masa lampau.
d.               - Mengenal pasti teknologi dan peralatan yang digunakan oleh para nelayan dalam aktiviti perikanan serta kepentingannya.
e.               -  Mendedahkan tahap kebergantungan para nelayan tersebut terhadap hasil tangkapan mereka  samada untuk sara diri ataupun komersial.
f.                -  Bagi melihat kepentingan golongan nelayan ini terhadap perkembangan ekonomi kawasan daerah papar.

Sunday, 25 March 2012

Aktiviti Perikanan para nelayan kaum Melayu Brunei daerah Papar ^_^

Sosioekonomi nelayan daerah Papar ^^

Nelayan merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpai laut. Pendapatan mereka dari aktiviti menangkap ikan ini adalah lebih banyak berbanding dengan aktiviti yang lain. 
Di Malaysia, nelayan di bahagikan kepada dua kategori iaitu nelayan pesisiran pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak jauh kawasan tangkapan mereka dari kawasan pantai. 
Terdapat juga para nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan mereka di kawasan sungai. Para nelayan ini tergolong dalam kategori nelayan pesisiran pantai kerana peralatan dan teknologi yang digunakan adalah sama iaitu cuma menggunakan peralatan yang biasa seperti pancing, pukat, bot kecil, dan jala.