Sunday, 25 March 2012

Aktiviti Perikanan para nelayan kaum Melayu Brunei daerah Papar ^_^

Sosioekonomi nelayan daerah Papar ^^

Nelayan merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpai laut. Pendapatan mereka dari aktiviti menangkap ikan ini adalah lebih banyak berbanding dengan aktiviti yang lain. 
Di Malaysia, nelayan di bahagikan kepada dua kategori iaitu nelayan pesisiran pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak jauh kawasan tangkapan mereka dari kawasan pantai. 
Terdapat juga para nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan mereka di kawasan sungai. Para nelayan ini tergolong dalam kategori nelayan pesisiran pantai kerana peralatan dan teknologi yang digunakan adalah sama iaitu cuma menggunakan peralatan yang biasa seperti pancing, pukat, bot kecil, dan jala.

No comments:

Post a Comment