kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kebergantungan para nelayan terhadap aktiviti perikanan mereka. Antara aspek-aspek yang akan dikaji termasuklah :
a. -Untuk melihat ciri-ciri sosioekonomi para nelayan kaum Melayu Brunei di kawasan daerah Papar.
b. - Untuk melihat jenis-jenis aktiviti perikanan yang dijalankan oleh golongan nelayan tersebut.
c. - Bagi melihat perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam aktiviti perikanan di kawasan kajian antara masa sekarang dan masa lampau.
d. - Mengenal pasti teknologi dan peralatan yang digunakan oleh para nelayan dalam aktiviti perikanan serta kepentingannya.
e. - Mendedahkan tahap kebergantungan para nelayan tersebut terhadap hasil tangkapan mereka samada untuk sara diri ataupun komersial.
f. - Bagi melihat kepentingan golongan nelayan ini terhadap perkembangan ekonomi kawasan daerah papar.